Assalamualaikum semua dan salam sejahtera dari saya, aliah najwa. tak kisah lah awak nak panggil saya ali ke aliah ke najwa pun boleh la hhaha okay sempena dengan hari ibu sedunia, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mama saya yang tersayang, Pn Mariah Ahmad Kairi atau lebih dikenali sebagai Mariah Kairi ohhh bukan Mariah Carey okay..hhehe..apa lambat wish?? alaaa tak salah kat walaupun lambat sebab hari ibu kan hari hari..hhehe mama terima kasih kerana membesarkan along dari kecil sampai besar, dari sekolah tadika sampai masuk Universiti, dari kurus sampai gemuk, dari tak kenal erti kehidupan sampailah along tahu apa sebenarnya matlamat hidup yang perlu dikecapi.Tanpa usaha mama dengan ayah, mungkin sampai sekarang along tak dapat sambung belajar..Terima kasih mama dan juga ayah, along tahu,nak duduk jauh dengan ayah dan mama amat susah bagi along sebab, selama 21 tahun along tak pernah duduk jauh dengan mama, tu yang orang selalu dok kata along anak manja la, anak emak la tapi along tak kisah sebab syurga along mama..mama terima kasih sekali lagi, mama dah banyak bantu along. ayah pun, terima kasih banyak banyak kerana banyak bersabar dengan karenah along sepanjang membesarkan along..along sayang mama dengan ayah..along akan jadi seorang anak yang berguna dan mampu memberi kebahagiaan kepada kedua orang tuanya, amin in sha Allah.. itu sahaja coretan saya untuk pembaca sekalian.. =)
No comments:
Post a Comment