CREATE WHAT YOU WANT, ACHIEVE WHAT YOU'VE BEEN DREAM, BE GRATEFUL AND WORK HARD FOR IT. MAY ALLAH S.W.T EASE EVERYTHING

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, semoga anda semua bahagia disamping orang yang tersayang.. cewahhh ayat tak boleh blah okay saya gurau.. sebenarnya saya nak minta maaf sebab saya dah lama tak updated blog chopp!!! bukan sebab saya malas okay, hal ini kerana saya sibuk dengan pengajian saya di UiTM Shah Alam. HAHHHH? UiTM Shah Alam??!! ya sayang sayang sekalian, sekarang ni aliah sedang menuntut di UiTM Shah Alam dan sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan (Kepujian). Ya Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana beri aliah peluang yang entah kali berapa.


kalau awak semua baca post aliah yang lepas-lepas, sebenarnya aliah lebih minat sukan daripada seni ni. ya aliah tahu,apa yang aliah belajar sekarang ni, lebih menarik dan tidak memenatkan tapi sukan adalah minat aliah, lebih lebih lagi sains sukan tapi mungkin ada hikmah kenapa Allah letakkan aliah dekat sini. Mungkin disini rezeki aliah dan aliah kena terus berusaha untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik..In Sha Allah..oh kenapa aliah tak gembar gemburkan? like eww ingat ni berita kahwin ke apa sampai nak bagitahu satu dunia? hehe taklah bukan tak nak bagitahu cuma tergesa-gesa dan tiba-tiba...


masa pertama kali masuk pun asyik menangis lepas tu homesick,yela iolls tak biasa duduk jauh dengan mama hokay. Iolls setiap kali bangun pagi mesti menghadap muka mama, so rasa janggal bila bangun pagi tak tengok muka mama hhehe takpa demi mama dengan ayah akan saya teruskan untuk menjadi seorang anak yang berguna dan berjaya di mata ibu bapa ku yang tercinta..wahh gituuu ayat mcm hyperbola tapi takda bola nak di hyperkan.. okay lame aliah lame =,=... so kepada adik adik yang diluar sana,jangan mudah putus asa ya,sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya dipermudahkan segala urusan kerana Dia mendengar dan memakbulkan segala doa doa umatnya yang beramal soleh.. In Sha Allah.. Sampai disini saja..nanti kita gossip gossip lagi okay??


byebye and assalamualaikum...






p/s : agak agak apa yang cikgu cakap tu betul tak? alaa yang diorang selalu cakap "nanti dah masuk U nanti lagi banyak boyfriend yang awak boleh cari"  dari first masuk sampai sekarang,tak ada pun...haha k gurau memang taklah nak ber "BF" bf ni..iolls takut..so mereput la aku dengan assgmnt sensorang =,=


No comments:

Post a Comment