Assalamualaikum semua and apa khabar? Okay kali ni nak share
dengan korang hobi aliah. Kumpul setem? Oh tolonglah, itu masa darjah satu atau
mungkin 6 tahun *jangan kecam sis hewhew* baca buku? OHH lagi lah. Hobi tu
datang masa exam nak dekat je hahaha okay melampau lawak hambar kali ni. Okay sebenarnya
hobi aliah tak tetap pun sekejap nak melukis, sekejap nak mewarna sekejap nak
jadi penulis novel thriller kejap nak.. ehh macam macam la.
Hobi paling win ialah cari pasal dengan cabar diri sendiri
untuk baca cerita pepelik pada waktu malam which is baca cerita hantu dekat
internet. Yass!! Ia merupakan satu hobi yang ntah pape tapi berbaloi. Kenkadang
terasa nak jadi detektif, sebab nak menyiasat kes-kes misteri yang tak terjawab
tapi bila fikirkan balik, saya hanya mampu buat hobi-hobi biasa and saya tak
ada bakat. *nyanyi pun hobi kan?*
Lately, saya berminat nak mereka baju. Konon nak jadi macam
student fashion. Buat figura model then design baju ikut suka hati. Sebenarnya kan,
diri ini bercadang nak amik kelas menjahit lepas habis belajar. Macam seronok
menjahit ni, tapi bukan nak Nampak keperempuanan okay Cuma saja nak tambah ilmu
pengetahuan. Nanti raya senang, tak payah tempah memahal Cuma perlu beli kain je. Kan dah save duit kat situ. Oh baju kahwin pun boleh
buat sendiri hewhew
amacam? boleh jadi designer tak?
haihhh i dont know why? stress sangat dah ni. sepatutnya study sebab next week dah nak exam. hati ni risau je, sem ni macam susah sikit sebab sedikit kelam-kabut di awal sem and banyak benda yang macam dipaksa untuk terus kan apa yang sebenarnya kami tak nak. tapi habis juga 14 minggu. semoga semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih lecturer kerana sudi bersabar dalam mengajar saya dan rakan-rakan yang lain. in shaa allah, we'll do our best.
No comments:
Post a Comment