Sedalam mimpi, seluas jauh,
Begitulah cita-cita ku,
Sekiranya kau ingin tahu…
Ecewah, tu hanya lirik lagu tapi cerita sebenarnya lebih seram dari lirik lagu yang kat atas ni. Kalau nak di ikutkan, lirik lagu ni lebih kepada impian seseorang individu untuk mengapai apa yang dihajat tapi mimpi yang aku alami sebenarnya satu perkara yang terjadi semasa sedang nyenyak tidur lena. Ya, mimpi ini yang aku maksudkan. Mimpi di mana aku keluar dari badan aku sendiri. Tubuh kaku.. alamak macam suspens pulak aku taip macam ini. Ehhh!! Bencilah!!!!!
Okay, sebenarnya tak nak nampak seram sangat Cuma sekadar nak berkongsi cerita sahaja. Kalau dah gaya penulisan macam ni, agak agak boleh tak karangan satu cerita lepas tu hantar dekat FIXI untuk terbitan? Cewahh giteww tapi aku sedar aku takda bakat dalam penulisan macam tu tapi aku suka baca buku-buku macam tu. Misteri dan bermain dengan akal dan fikiran. Once again, aku lari tajuk. Ahhhh!!!!! Bencilah!!!!!
Mimpi yang aku lalui bermula dengan.. okay la aku start dengan pelakon utama dalam mimpi aku ni. Describe dia sebagai seorang yang good looking , bijak, perfect, banyak haters dan seorang yang clumsy serta membosankan. Sudah berkahwin dan merupakan seorang pembunuh. Hah!!!??? Okay kat situ aku dah buat spoiler. Ya, dalam mimpi aku dia seorang pembunuh. Yang sangat kejam. Aku tweet kot kat twitter. Hhahah.
Aku tak tahu apa yang dah jadi sebab terus je terlena,aku ada dekat sebuah rumah dan dalam rumah tersebut ada satu bilik khas yang disediakan seperti pejabat. Mungkin tempat untuk dia melakukan kerja kerja pejabatnya. Dan betul betul depan aku ada seorang wanita yang cantik rupa parasnya. Berpakaian putih dan krim sambil tersenyum melihat aku. Dia melayani aku dengan baik . oh isteri ‘dia’ rupanya. Patutlah, sama sama cantik sama sama padan. Itu yg aku cakap dalam hati.
Tapi dengan tiba-tiba masuk suami dia tanpa memberi salam. Terkejut tu memang ada tapi aku cool down sebab tak nak lah nampak gelabah tahik sangat. Mula mula tak ragu apa apa tapi dengan tiba tiba dia berdiri depan isteri dia sambil pandang kearah aku dan berkata ‘ tolong diam’. Dengan sekelip mata darah memenuhi satu bilik tersebut. Ya, iya berlaku dengan pantas. in a blink of eyes. Aku menangis dan aku tidak dihiraukan. Sekali lagi aku diberi amaran “ do not tell anyone..or something else will happen…either I kill you or even worse… “ masa tu kepala hotak aku dah fikir lain. Nak selamat aku kena diam.
Kenkadang terfikir juga, you set me up to met you wife and kill her in front of me?!! Gashhhh gila ke apa lelaki ini. I don’t see any blade or benda benda tajam masa dia bunuh. Mungkin tersembunyi. Entahlah aku malas nak fikir (padahal masa tu tidur) then dia bawak aku pergi satu tempat where I need to change my clothes sebab percikan darah tadi and cepat cepat lelaki tu bawak aku pergi satu perjumpaan . aku tak tahulah jenis perjumpaan yang macam sebab seingat aku dia tak salin pakaian yang berdarah tu tapi dia bagitahu semua orang wife di mati kena bunuh and aku saksi kejadian. Maksud aku saksi yang tengok dia peluk mayat wife dia lah tu yang berdrah baju dia. I was like dafuggg???!!!! Kau bunuh wife kau lepas tu mengaku pelik pelik. Tapi I was lucky sebab masa tu ayah kejut dah subuh. Kalau tak mesti dah melalut kisah mimpi aku ni. Yang menjadi tanda Tanya sekarang, kenapa dia bawak aku jumpa wife dia? Yang lagi pelik kenapa dia bunuh wife dia depan aku? Perlu ke? Bagi aku itu semua mimpi.
Nasib baik mimpi wehh kalau tak aku yang melalak sebab takut sangat. Banyak kot darah. Jari aku luka pun boleh aku gelabah inikan pulak dah yang menyembur-yembur ni. Aiyoooo. Korang ada mimpi yang menarik? ni mimpi okay lagi sebab aku pernah mimpi lagi teruk. Sampai bangun tidur aku menangis. Okay lah sampai sini saja. Bai.
p/s : mungkin aku banyak berfiir kot. tu yang mimpi merapu.hmmm
No comments:
Post a Comment