CREATE WHAT YOU WANT, ACHIEVE WHAT YOU'VE BEEN DREAM, BE GRATEFUL AND WORK HARD FOR IT. MAY ALLAH S.W.T EASE EVERYTHING

My Other Half

assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca yang dihormati,terima kasih kerana sudi melawat kawasan saya walaupun secara terpaksa atau sukarela..wahh gitu kemain sampai ke kawasan bagai,hehe saja nak acah acah gengster huhu okay baiklah tak nak panjang-panjanglan cerita sebab hari ni aliah nak cerita tentang sayang aliah yang sorang ni..hmm boyfriend?? ohhh tidak!!! dah nak dekat 3 tahun dah tak bercinta haha okay lantakkan tak nak cerita boyfriend dah jadi seram pulak *tetiba* kali aliah nak cerita pasal kucing kesayangan aliah..hmm saja nak kongsi walaupun dah pernah post sekali..bukan apa tetiba nak buka cerita




hah comelkan?? masa ni dia comot,belum dibersihkan lagi..tapi bila dibersihkan hany Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya bila melihat keletahnya selepas mandi dan diberi makan.masa ni mama dengan ayah belum dapat menerima dia sebagai ahli baru tapi lama kelamaan alhamdulillah Allah telah bukakan pintu hati mama dan ayah untuk menerima dia sebagai salah satu dari ahli keluarga kami.gembira ada sedih pun ada kerana dia kehilangan ibu dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.dia masih menyusu badan jadi agak sukar untuk memberinya makan.Alhamdulillah lama-kelamaan dia dapat membiasakan diri dengan keadaan





si dia membesar dengan sihat dan sempurna,walaupun sering menganggu tidur saya tapi sekurang kurangnya dia tahu dimana tempat tidurnya,sekrang umurnya hampir mencecah 1 tahun 4 bulan in sha allah semoga Allah panjangkan umur sayang saya yang seekor ni.secara jujurnya saya lebih menyayangi dia dari diri saya sendiri,saya seorang yang kurang gemar dengan kucing tetapi hadirnya dalam hidup saya membuatkan saya lebih berani dan lebih menyayangi haiwan ini.*sedihnya ayat* mungkin dia untuk saya dan saya akan menjaganya hingga ke akhir hayat saya..in sha Allah...

akhir kata dari saya,jangan lah kita menindas mereka hanya kerana mereka cuma seekor binatang yang tidak mempunyai akal tetapi sayangi lah mereka kerana mereka mempunyai perasaan.sekian,terima kasih


p/s : foto foto diatas semuanya sesama dia masih kecil,"dia" yang saya maksudkan ialah "dia" yang bernama          TREX ,













No comments:

Post a Comment