CREATE WHAT YOU WANT, ACHIEVE WHAT YOU'VE BEEN DREAM, BE GRATEFUL AND WORK HARD FOR IT. MAY ALLAH S.W.T EASE EVERYTHING

Kisah yang mungkin menjadi tanda tanya

assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada darlings-darlings yang sudi melawat blog aliah yang tak berapa nak pemes ni *yeah i know..hehe* terima kasih jugak kepada mereka yang sudi singgah lalu tutup terus..ehh cenggitu pun ada hmmm okay tak nak panjang panjangkan cerita nak terus kepada apa yang hendak diungkapkan..*wah dah macam cerita yang bermisteri gitu* sebenarnya aliah nak cakap tentang apa yang terjadi pada aliah sendiri beberapa hari yang lepas..sebenarnya aliah nak cerita yang beberapa hari yang lalu ada satu kejadian dimana kepala aliah terhantuk pada bucu almari buku..aliah sendiri tak tahu bila masanya almari tersebut begitu dekat dengan aliah sebab aliah sendiri dapat agak berapa jauhnya jarak kepala dan bucu almari sebelum aliah menolehkan kepala dengan kelajuan 120 k\m sejam..*main agak je kelajuannye sebenarnya tak sampai 60 pun hehe* 


Tetapi yang menjadi misterinya dalam hal ini,selepas kejadian tersebut aliah mengalami satu fenomena dimana *cehh fenomena uolls* aliah melakukan sesuatu dengan tangan kiri,dari segi memasak,memotong,makan.menulis pun dengan tangan kiri..ishhh tak pernah aliah macam ni..lagi satu aliah tak makan makanan yang berkanji seperti nasi..aliah lebih cenderumg untuk makan fast food untuk 4 hari berturut-turut..itu lagi aliah risau sebab fast food boleh menjejaskan kesihatan..hmmm jadi aliah cuba la cari kan internet kesan terhantuk kepala..


“Setiap bahagian otak mempunyai fungsi tertentu dan kita harus memahami bahagian dan fungsi otak sendiri. Bahagian depan otak mengawal perangai kita dan jika bahagian terbabit rosak, perangai seseorang mungkin berubah selain mengalami sawan atau kejang,” katanya. 

Perunding Pakar Bedah Otak Hospital Pantai Klang, Dr Gunasegaran Thangaveloo

bahagian depan...hmm bahagian depan la yang aliah kena..walaupun aliah tahu tak teruk mana tapi perubahan diri aliah sendiri dah cukup mengambarkan bertapa teruknya keadaan aliah sebab..ishhh takutnya..tapi alhamdulillah hehe atuk aliah sendiri yang ubatkan aliah..hmm nak tahu cemmana dia ubatkan?? alaa cembiasa la urut kepala..mula-mula sakit tapi lama kelamaan semuanya dah kembali okay..makan nasi??? jangan cakap la kan kalau boleh berpinggan-pinggan tapi wohoooaaa kena control babe..kekasih lama dah kembali hahaha k penghujung cerita yang ntah hape hape...


namun yang menjadi tandaa tanya nya,aliah masih melakukan semua perkara terutamanya memasak atau memegang peralatan dapur dengan tangan kiri???hmmm ini kisah yang misteri sangat niiii....

anyway kepada mereka yang TERHANTUK KEPALA mohon buat pemeriksaan hospital atau klinik secepat yang mungkin..kalau tak serius tuam dengan ais atau cooling pad supaya tiada pembentuka darah beku yang mungkin boleh mengakibatkan kecederaan yang lebih serius...okay lah itu sahaja dari saya..terima kasih sudi membaca..walaupun tiada gambar..hehe bye sayangs..assalamualaikum




No comments:

Post a Comment