CREATE WHAT YOU WANT, ACHIEVE WHAT YOU'VE BEEN DREAM, BE GRATEFUL AND WORK HARD FOR IT. MAY ALLAH S.W.T EASE EVERYTHING

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dihormati.Semoga anda semua sihat sejahtera di samping mereka yang tercinta..Wahwah bermadah pulak aku malam-malam buta cenggini.Bukan apa,lately kehidupan aku macam tak menentu je,bukan pasal cinta okay memang tak la aku nak berlovestory kat sini..hmm sibuk dengan kerja kursus la kerja sekolah la fuhh jadual packed gila untuk sem 2 ni..Lagi 1 sem untuk aku habiskan tingkatan 6 atas punya kehidupan lepas tu tawakal untuk diterima masuk oleh mana-mana universiti yang menerima kelayakan aku..insyaallah jika berusaha pasti berjaya kan?? so, ceritanya memang tak ada kena mengena lah dengan tajuk aku kali ini hehehe bukan apa saja nak bagi tazkirah kot kot takut pembaca yang dihormati sekalian bosan ke boring ke..eh bukan sama ke?? pffffttt okay tentang tajuk hari ini aliah nak berkongsi la sikit tentang majlis khatam al-quran bersama makteh aliah yang menjadi pengantin pada hari tersebut.Bukan aliah seorang sahaja tau yang mengiringi mak teh tetapi adik aliah dan saudara perempuan aliah turut mengiringi pengantin perempuan pada hari tersebut,Kelas kau nyah semua orang pagi tu semua ala-ala kumpulan nasyid yang berbaju putih kain batik..


hah nampak tak siapa yang duduk sebelah pengantin?? nampak kembang semangkuknya masa ni semua tengah fokus membaca cuma aishah je terlepas pandang abang camera.Nasib mak tak pandang,kalau tidak memang pecah la camera.Mana taknya asyik-asyik muka i je memang tak la kan hahha okay gelak banyak pulak aku..saja bagi korang yang membaca ni stress ^_^


yeah yang ni pula kumpulan marhabban kawasan perumahan ibu.Terima kasih aunties yang sudi mengiringi pembacaan Mak teh..terharu nokk *sobsobs*


wah dah macam posing SNSD I GOT A BOY pulak yang ni cuma aishah tak sempat nak angkat tangan,then abang camera terus snap..but still cute..omoooo



Mula-mula tak jangka yang abang camera akan mengambil gambar aku secara solo,bila buka album kahwin mak teh terus terharu.Abang camera,terima kasih ya..Nampak tak kekhusyukkannya aku membaca.Ya kepada calon suami diluar sana,anda sepatutnya bersyukur jika memilih saya sebagai calon isteri anda..hehe okay saya gurau,Sekian sahaja dari saya,maafkan saya jika tersalah kata dan tersalah taip haha harap perbetulkan -__-(Y).Sekian,assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu :))


No comments:

Post a Comment